email:

sraibbb@yahoo.com.my

Wednesday, March 28, 2012

Makluman Berita Sekolah (3) 2012

1. Dimaklumkan pembelian Kad Ujian Prestasi untuk Tahun 4 sahaja; RM 1.00 boleh dilakukan selewat-lewatnya hingga 6 April2012

2. Pendaftaran Ujian Kelayakan Murid Tahun 1/ 2013 dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2012. Keoada semua yang layak, mohon ibu bapa membawa salinan sijil kelahiran anak untuk tujuan pendaftaran ujian.

3. Karnival Sukan SRAI Negeri Selangor bakal diadakan insyaAllah pada 7 dan 8 April 2012 di SRAI Seksyen 19 dan Seksyen 7; hanya untuk murid-murid yang terlibat.

4. Pertandingan Amal islami pada 21hb April 2012 hanya untuk murid-murid yang terlibat.

Sekian, dimaklumkan

Mesyuarat PIBG 2012

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG pada 24 Mac lepas.

Tahniah kepada kepimpinan baru PIBG 2012-2014 yang diketuai oleh YDP PM Dr.Zainudin Sajuri; setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG yang 200-2012.

Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri SRAI BB Bangi 2011

Dengan segala hormatnya menjemput semua ibu bapa dan keluarga warga SRAI BB Bangi hadir memeriahkan jamuan Hari Raya yang insyaAllah bakal diadakan pada 23 September 2011 Jumaat jam 10 pagi.

Terima kasih

Tuesday, September 13, 2011

Doa untuk anak-anak SRAI BB Bangi yg menduduki UPSR dan PSRA

Buat semua anak-anak SRAI BB Bangi yang mula menduduki peperiksaan UPSR dan seterusnya PSRA, kami ibubapa dan juga guru-guru mendoakan semuanya beroleh rahmat dan redha Allah...dimudahkan Allah dalam menjawab semua soalan, dianugerah kesihatan dan seterusnya berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang...

Ya Allah mudahkanlah utk anak2 kami..anugerahkanlah kejayaan utk mereka semua..

Monday, July 4, 2011

Penghargaan dan Terima Kasih

Alhamdulillah dengan izin Allah, Karnival sekolah telah berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Jawatankuasa Karnival SRAI BB Bangi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival sekolah yang telah julung-julung kali diadakan.

Kami juga memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya ada kesilapan dan kekhilafan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, guru-guru yang telah bertungkus lumus berusaha, semua warga SRAI terutama para ibu bapa serta para tetamu jemputan yang telah hadir meraikan berkunjung ke Karnival.

Terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

Rayuan Menderma Darah

Assalamua'laikum wbh,
Sempena Karnival SRAI BBBangi, Pusat Darah Negara akan menyediakan kemudahan menderma darah. Mohon tuan/puan sdra/sdri yang berkemampuan untuk tampil menderma darah.

Butiran lanjut:
Masa : 9 pagi hingga 6 ptg
Hari/ Tarikh: Sabtu 2 Julai 2011
Tempat: Kelas 1 Jujur

Mohon tuan/ puan sdra/sdri yg berhasrat untuk menderma utk emailkan nama ke pihak sekretariat menggunakan alamat email di laman blog dan juga ke sraib2008@gmail.com.

Tuesday, June 14, 2011

Lagi makluman tambahan: Pertandingan Golf Amal











MAKLUMAN TAMBAHAN KARNIVAL SRAI BB BANGI 2011

Berikut merupakan makluman mengenai larian amal dan pertandingan mencari harta karun.





KARNIVAL SRAI BB BANGI 2-3 JULAI 2011

UNTUK MAKLUMAN SEMUA WARGA SRAI BB BANGI:




KARNIVAL SRAI BBB.





Assalamualaikum kepada semua pembaca blog budiman..... SRAI BBB akan mengadakan satu Program KARNIVAL SRAI BBB 2011. diharapkan marilah kita sama - sama memeriahkan suasana pada hari program tersebut. kepada tuan,puan,ibubapa penjaga sekiranya ada dikalangan tuan/puan yang ingin menjadi sukarelawan menyumbang tenaga pada hari tersebut boleh terus berhubung dengan pihak sekolah....

sekian terima kasih.

............
Zulkiflie B. Hj Mohamad
S/U Pibg. SRAI BBB.